TIPS MENYIMPAN

Facebook
Twitter
LinkedIn

TIPS MENYIMPAN

Penulisan patik kali ini berkenaan dengan tips menyimpan wang di zaman canggih wawasan 2020. Dengan ekonomi negara yang turun naik dan duit yang semakin dimakan inflasi, susah betul kita nak menabung ye.

Sebenarnya bukan susah tapi kita mungkin tersalah cara. Jadi, dengan berbesar hati patik kongsikan sedikit tips yang patik amalkan selama ini. Manfaatkan tau!

 

Potong 10%

Berapa banyak nak menyimpan? Sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan.

Contoh; gaji RM2000
Cara yang betul adalah Gaji RM2000 tolak RM200 sebagai simpanan.
Ramai yang hanya menyimpan jika ada duit lebih. Salah tu.

 

 

 

Jangan Ambil.

Simpanlah di tempat yang susah untuk kita korek semula duit tabungan ini seperti di Tabung Haji. Jangan simpan di tempat yang ada kemudahan kad ATM.

 

 

 

 

 

Dana Kecemasan

Letakkan matlamat untuk ada simpanan sekurang-kurannya 3 bulan. Dana ini sangat penting bagi tabungan jika sakit, hilang pekerjaaan atau hal kecemasan. Kepada yang nak berhenti kerja seeloknya mempunyai simpanan sekurang-kurangya 12 bulan.

Elakkan memberi orang lain meminjam duit dana kecemasan ini. Ini dana kecemasan anda dan keluarga, bukan untuk orang lain.

 

 

 

Jangan Ambil

Simpanlah di tempat yang susah untuk kita korek semula duit tabungan ini seperti di Tabung Haji. Jangan simpan di tempat yang ada kemudahan kad ATM.

 

 

 

 

 

Labur Semula

Setiap kali mendapat dividen, laburkan semula supaya wang berganda. Jika dibelanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok sebenarnya susut dimakan inflasi.

Nilai RM10ribu hari ini tidak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

 

 

 

 

Ambil Takaful.

Janganlah terus menolak sekiranya ejen takaful datang menawarkan produk kepada anda.

Takaful bertujuaan untuk melindungi kita dari musibah seperti kematian, kecacatan kekal, sakit dan berkaitan. Takaful adalah perlindungan, bukan simpanan. Kita perlu ada simpanan untuk melindungi kita dari perkara yang tidak dilindungi oleh Takaful seperti kereta rosak dan sebagainya.

 

 

 

Untuk tambah jumlah tabungan, kita harus tambah jumlah pendapatan. Ramai yang masih kesempitan jika hanya nak harapkan duit gaji.

Aktiviti berniaga secara sambilan juga antara tambahan punca pendapatan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

More to explorer

JANGAN BERKIRA AMBIL ORANG GAJI

Saya seorang wanita yang bekerja menguruskan perniagaan sendiri, mempunyai seorang anak, itupun dah berumur belasan tahun yang duduk di asrama. Waktu kerja

PURDAH DAN HANTU KUM KUM

Pernah dengar cerita Hantu Kum Kum? Kalau dulu di era 80an wanita pakai purdah atau niqab dipanggil hantu kum kum. Pada era

Leave a Comment

WOWA © 2021 All rights Reserved. Develop and Maintain by ALJ Global Sdn Bhd.

Sebarang pertanyaan boleh telefon/whatsapp kami
019 286 2828