Senarai Selebriti Wanita Kategori Cantik Asli

Facebook
Twitter
LinkedIn

Asslamualaikum dunia yang indah lagi mendamaikan.

Senarai Selebriti Wanita Kategori Cantik Asli.  Siapa ya?. Dah lama patik terfikir nak buat posting ini, kerana dalam fikiran patik ada terlintas beberapa wajah selebriti yang menjelma tetapi bagaimana boleh patik terangkan kepada pembaca blog patik ini ya?..

Jika patik tanya pembaca siapakah agaknya senarai artist atau selebriti wanita yang kategori Cantik Asli ini agaknya? Setiap individu mungkin ada pendapat tersendiri.  Patik bukanlah mencari selebriti yang cantik bak bidadari. Patik suka melihat beberapa selebriti yang nampak effortless dalam rupa dan penampilan, tetapi tetap memikat.  Sebelum ini patik pernah posting tentang Wajah Natural Beauty.

 

Kriteria Cantik Asli

Sememangnya cantik sangat subjektif.  Apabila bercakap pasal cantik, kita selalu kaitkan dengan kulit yang putih gebu, wajah yang flawless, tubuh yang kurus dan ramping. Golongan  selebriti sering dijadikan segmen rujukan. Kita pun terlupa kebanyakan mereka ini selalunya muncul di media dengan solekan penuh dan tebal ditambah pula dengan kesan pencahayaan serta edit photoshop bla bla yang membuatkan mereka ini nampak cantik terlampau di TV mahu pun majalah.  Jadi entry kali ini patik senaraikan barisan selebriti wanita kategori cantik dan menawan asli, bukan palsu atau ciptaan semata-mata.  Di sini patik terangkan kriteria cantik asli tersebut:-

Pertama : Tiada perbezaan ketara antara wajah mereka sebelum dan selepas makeup.

Kedua: Tiada perbezaan ketara wajah mereka masa dahulu kala dan sekarang.

Ketiga: Tidak mendapat khidmat suntikan atau pembedahan kosmetik pada wajah yang merubah bentuk asli wajah.

 

Ha, bagaimana? Okay tak kriteria pemilihan patik ini.  Berikut adalah senarai tersebut yang terdiri daripada selebriti lama dan baru kategori cantik yang memang asli.

Pertama: Lisa Surihani. Jika ada sesiapa yang bertanya patik “Wawa ada kena mengena dengan Lisa Suruhani ke?” Jawab patik, “Hhmm Lisa Surirumah ada la agaknya” 🙂

 

Lisa Surihani
Lisa Surihani

Kedua: Maya Karin.  Admire rambut Maya yang panjang dan sihat.  Lakonan Ombak Rindu sangat terkesan di hati patik. Walau kulitnya tidaklah sehebat Qu Puteh, tetapi Maya Nampak exotic.

Maya Karin
Maya Karin

Ketiga: Anzalna.  Patik tidakla minat sangat, pernah beberapa kali terserempak dengan beliau di majlis. Patik akui beliau ini antara selebriti wanita kategori cantik asli.

Anzalna Nasir
Anzalna Nasir

Keempat : Emma Maembong. Putih pucat orangnya dan berbakat.  Suka tengok bila Ema berlakon sedih, kemerahan hidung dia.

 

Emma Maembong
Emma Maembong

Kelima: Fazura.  Patik mengagumi kecantikan dan stail beliau.  Cuma banyak kontroversi, kadangkala itu juga yang menaikkan populariti beliau.  Cuba baca apa kata abang Nara tentang Fazura ini.

 

Fazura
Fazura

Ramai lagi selebriti lain seperti Hanis Zalikha, Heliza Helmi etc.   Inilah antara Senarai Selebriti Wanita Kategori Cantik Asli. Susunan patik ini tidaklah mengikut ranking terbaik.  Biarlah pembaca yang menentukan siapakah yang tercantik di antara mereka.  Atau pembaca mungkin ada senarai mereka tersendiri.  Kongsikan senarai anda di ruangan komen ya, patik naklah juga tahu senarai kalian.

Bagaimana pula dengan Kila Fairy?  Patik suka tengok beliau yang persis heroin Bollywood namun ramai meragui keaslian wajah beliau.  HHmmm wallahualam..

 

Till the next posting.

Si Perunding Imej; Wawa Idris

Instagram : wawaidris_imejpatik

 

More to explorer

JANGAN BERKIRA AMBIL ORANG GAJI

Saya seorang wanita yang bekerja menguruskan perniagaan sendiri, mempunyai seorang anak, itupun dah berumur belasan tahun yang duduk di asrama. Waktu kerja

PURDAH DAN HANTU KUM KUM

Pernah dengar cerita Hantu Kum Kum? Kalau dulu di era 80an wanita pakai purdah atau niqab dipanggil hantu kum kum. Pada era

16 thoughts on “Senarai Selebriti Wanita Kategori Cantik Asli”

  1. Setuju dgn list2 yg diberikan…tapi nak tambah dgn beberape selebriti yg i rase cantik asli Nealofa,i suke tgk die..seorang lagi selebriti WAWA IDRIS..die juga artis yg sgt exotic…bile mekap bersahaja pn tetap nampak cantik n anggun… personaliti nye pun sangat menarik n berwarna warni…ni pandangan i..ok tq..
    can’t wait for the next posting
    #supermom

    Reply
  2. Bagi saya katogeri cantik tu mestilah natural beauty, cara berkomunikasi dan independent ,sentiase senyum,EXOTIC,dan berkaki panjang(satu bonus kecantikan ) 😉

    Here is my ranking for wanita2 cantik dan exotic

    1)WAWA IDRIS
    2)MAYA KARIN
    3)FATEHA LATIF
    4)PRIYANKA CHOPRA(walaupun beliau artis bollywood ttp beliau sentiasa nmpk cantik dan exotic tanpa ber makeup.. 😉
    5)FAZURA
    6)MEGAN FOX
    7)ANGELINA JOLIE

    Sebenarnya kecantikan tu ada di setiap wanita cumanya kecantikan dan perwatakan yg berbeza2…

    Sekian itu saja komen ikhlas dari saya..

    Keep smiling and cantik…. 😉 😉

    PL 😉 ❤

    Reply
  3. selaku peminat Amy Mastura, harap beliau juga dimasukkan di dalam list ini… hehehehehe… 🙂

    tapi Lisa dan Maya Karin tu setuju la.. depa natural beauty.. 🙂

    kalau artis yang muda2 sangat macam Emma Maembong tu tak boleh nak kata lagi, sebab muda kan.. memang la cantik.. kalau nak tgk betul cantik ke tak tunggu umur lepas 40 nanti, kalau masih cantik elegen tanpa kosmetik dan suntikan baru betul2 boleh puji… heheheheee… 🙂

    Reply

Leave a Comment

WOWA © 2021 All rights Reserved. Develop and Maintain by ALJ Global Sdn Bhd.

Sebarang pertanyaan boleh telefon/whatsapp kami
019 286 2828