Asslamualaikum dunia yang indah lagi mendamaikan.
Senarai Selebriti Wanita Kategori Cantik Asli. Siapa ya?. Dah lama patik terfikir nak buat posting ini, kerana dalam fikiran patik ada terlintas beberapa wajah selebriti yang menjelma tetapi bagaimana boleh patik terangkan kepada pembaca blog patik ini ya?..
Jika patik tanya pembaca siapakah agaknya senarai artist atau selebriti wanita yang kategori Cantik Asli ini agaknya? Setiap individu mungkin ada pendapat tersendiri. Patik bukanlah mencari selebriti yang cantik bak bidadari. Patik suka melihat beberapa selebriti yang nampak effortless dalam rupa dan penampilan, tetapi tetap memikat. Sebelum ini patik pernah posting tentang Wajah Natural Beauty.
Kriteria Cantik Asli
Sememangnya cantik sangat subjektif. Apabila bercakap pasal cantik, kita selalu kaitkan dengan kulit yang putih gebu, wajah yang flawless, tubuh yang kurus dan ramping. Golongan selebriti sering dijadikan segmen rujukan. Kita pun terlupa kebanyakan mereka ini selalunya muncul di media dengan solekan penuh dan tebal ditambah pula dengan kesan pencahayaan serta edit photoshop bla bla yang membuatkan mereka ini nampak cantik terlampau di TV mahu pun majalah. Jadi entry kali ini patik senaraikan barisan selebriti wanita kategori cantik dan menawan asli, bukan palsu atau ciptaan semata-mata. Di sini patik terangkan kriteria cantik asli tersebut:-
Pertama : Tiada perbezaan ketara antara wajah mereka sebelum dan selepas makeup.
Kedua: Tiada perbezaan ketara wajah mereka masa dahulu kala dan sekarang.
Ketiga: Tidak mendapat khidmat suntikan atau pembedahan kosmetik pada wajah yang merubah bentuk asli wajah.
Ha, bagaimana? Okay tak kriteria pemilihan patik ini. Berikut adalah senarai tersebut yang terdiri daripada selebriti lama dan baru kategori cantik yang memang asli.
Pertama: Lisa Surihani. Jika ada sesiapa yang bertanya patik “Wawa ada kena mengena dengan Lisa Suruhani ke?” Jawab patik, “Hhmm Lisa Surirumah ada la agaknya” 🙂

Kedua: Maya Karin. Admire rambut Maya yang panjang dan sihat. Lakonan Ombak Rindu sangat terkesan di hati patik. Walau kulitnya tidaklah sehebat Qu Puteh, tetapi Maya Nampak exotic.

Ketiga: Anzalna. Patik tidakla minat sangat, pernah beberapa kali terserempak dengan beliau di majlis. Patik akui beliau ini antara selebriti wanita kategori cantik asli.

Keempat : Emma Maembong. Putih pucat orangnya dan berbakat. Suka tengok bila Ema berlakon sedih, kemerahan hidung dia.

Kelima: Fazura. Patik mengagumi kecantikan dan stail beliau. Cuma banyak kontroversi, kadangkala itu juga yang menaikkan populariti beliau. Cuba baca apa kata abang Nara tentang Fazura ini.

Ramai lagi selebriti lain seperti Hanis Zalikha, Heliza Helmi etc. Inilah antara Senarai Selebriti Wanita Kategori Cantik Asli. Susunan patik ini tidaklah mengikut ranking terbaik. Biarlah pembaca yang menentukan siapakah yang tercantik di antara mereka. Atau pembaca mungkin ada senarai mereka tersendiri. Kongsikan senarai anda di ruangan komen ya, patik naklah juga tahu senarai kalian.
Bagaimana pula dengan Kila Fairy? Patik suka tengok beliau yang persis heroin Bollywood namun ramai meragui keaslian wajah beliau. HHmmm wallahualam..
Till the next posting.
Si Perunding Imej; Wawa Idris
Instagram : wawaidris_imejpatik

16 thoughts on “Senarai Selebriti Wanita Kategori Cantik Asli”
Setuju dgn list2 yg diberikan…tapi nak tambah dgn beberape selebriti yg i rase cantik asli Nealofa,i suke tgk die..seorang lagi selebriti WAWA IDRIS..die juga artis yg sgt exotic…bile mekap bersahaja pn tetap nampak cantik n anggun… personaliti nye pun sangat menarik n berwarna warni…ni pandangan i..ok tq..
can’t wait for the next posting
#supermom
U are supermom too !!
boleh laaa. depends juga.. wawa zainal cantik gak ape. hahaha keee sudah tidak dikira artis?
Wawa Zainal ? Tak pasti, macam dah tak berlakon lagi..
Patut owner ni masuk dalam list sekali. selebriti & cantik asli jugak.
Saya kategori lain 🙂
lisa surihani dari remaja dah berlakon, bila dewasa nampak matang 🙂
Yeah she’s good actress
Bagi saya katogeri cantik tu mestilah natural beauty, cara berkomunikasi dan independent ,sentiase senyum,EXOTIC,dan berkaki panjang(satu bonus kecantikan ) 😉
Here is my ranking for wanita2 cantik dan exotic
1)WAWA IDRIS
2)MAYA KARIN
3)FATEHA LATIF
4)PRIYANKA CHOPRA(walaupun beliau artis bollywood ttp beliau sentiasa nmpk cantik dan exotic tanpa ber makeup.. 😉
5)FAZURA
6)MEGAN FOX
7)ANGELINA JOLIE
Sebenarnya kecantikan tu ada di setiap wanita cumanya kecantikan dan perwatakan yg berbeza2…
Sekian itu saja komen ikhlas dari saya..
Keep smiling and cantik…. 😉 😉
PL 😉 ❤
Wow thanx. I nak masukkan dalam senarai tu. no 8 adalah Norinie Anne 🙂
Terima kasih yea…tapi selayaknya Ida nirwana pun boleh beliau juga kategori wanita cantik….. ?
Siti Nurhaliza pun boleh dikatakan cantik asli.
selaku peminat Amy Mastura, harap beliau juga dimasukkan di dalam list ini… hehehehehe… 🙂
tapi Lisa dan Maya Karin tu setuju la.. depa natural beauty.. 🙂
kalau artis yang muda2 sangat macam Emma Maembong tu tak boleh nak kata lagi, sebab muda kan.. memang la cantik.. kalau nak tgk betul cantik ke tak tunggu umur lepas 40 nanti, kalau masih cantik elegen tanpa kosmetik dan suntikan baru betul2 boleh puji… heheheheee… 🙂
Wow lama lagi kita kena tunggu ya..
cantiknya.. suka tengok muka diorg cantik asli…
Alhamdulillah, kurniaan Allah swt