ATURAN JENIS PAKAIAN UNTUK PROSES DETOX ALMARI

Facebook
Twitter
LinkedIn

Saya ada terlalu banyak baju dalam almari, macam mana nak mulakan proses Detox Almari ini Puan Wawa?

Kepada yang masih baru mendengar perkataan Detox Almari. Sebenarnya ia adalah aktiviti kita mengemas almari pakaian supaya dalam almari itu hanya ada pakaian yang ideal sahaja.

Ramai orang yang kurang sedar bahawa tekanan boleh berpunca dari kegagalan pengurusan pakaian.
Sebelum tu, #DetoxAlmari bukan sahaja fokus kepada barang apa yang kita hendak keluarkan, tapi beri tumpuan apa pakaian yang patut kita simpan. Pakaian tersebt haruslah dapat memberi aura kepada kita.

Lantaran terlalu banyak baju dan banyak juga almari untuk diuruskan. Saya lebih suka ikut turutan seperti berikut :-

Pertama : uruskan pakaian dalam kerana ianya tidak sebanyak koleksi yang lain. Buangkan sahaja koleksi yang telah longgar, berlubang dan buruk. Seluar dalam sepatutnya tidak lebih dari satu tahun.

Kedua : Koleksi tudung / hijab. Susun mengikut stail dan aturan warna.

Ketiga : Baju (top) termasuk kemeja, blouse, tshirt, jaket dan sebagainya.

Keempat : Seluar (bottom) termaasuk kain, seluar pendek dan juga kain batik.

Kelima : Aksesori yang meliputi barang perhiasan, beg, alat solek dan kasut.

Inilah aturan yang boleh diikuti. Akan datang saya akan terangkan dari segi cara susunan.

Buatlah secara perlahan tapi konsisten. Contohnya minggu pertama kita selesaikan pakaian dalam kita dan seluruh ahli keluarga. Jika tiada masa, boleh lanjutkan pada minggu hadapan.

Boleh mulakan dengan koleksi suami dan anak kerana baju mereka tidak sebanyak koleksi kita wanita yang sangat pelbagai dan complicated .

Semoga bermanfaat.

Jemput sertai support group di Face Book; Urus Imej With Wawa.

More to explorer

JANGAN BERKIRA AMBIL ORANG GAJI

Saya seorang wanita yang bekerja menguruskan perniagaan sendiri, mempunyai seorang anak, itupun dah berumur belasan tahun yang duduk di asrama. Waktu kerja

PURDAH DAN HANTU KUM KUM

Pernah dengar cerita Hantu Kum Kum? Kalau dulu di era 80an wanita pakai purdah atau niqab dipanggil hantu kum kum. Pada era

Leave a Comment

WOWA © 2021 All rights Reserved. Develop and Maintain by ALJ Global Sdn Bhd.

Sebarang pertanyaan boleh telefon/whatsapp kami
019 286 2828