Betul ke filem Redha buat ramai yang menangis. Anda patut tonton sendiri..
Baru-baru ini bertempat di TGV, KLCC patik dan sahabat meluangkan masa memenuhi undangan Kudsia Kahar untuk menonton filem Redha. Para pelakon yang membintangi filem ini juga turut sama. Filem Redha arahan Tunku Mona Riza telah menemui penonton di pawagam bermula 14 April.

Rumusan dan pemerhatan patik:-
i. Selama ini patik kurang arif tentang penyakit Autisme. Rupanya Autisme merupakan masalah gangguan otak yang membatasi kemampuan penghidap tersebut dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

ii. Filem inspirasi dari kisah benar itu menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme. Mengisahkan tentang pasangan suami isteri memiliki seorang anak autistik yang bernama Danial. Pandai betul kanak-kanka ni berlakon. Perasaan sayang Razlan terhadap anaknya itu semakin lama bertukar benci apabila mendapat tahu anaknya itu menghidap penyakit autism. Kita dapat lihat di penghabisan cerita keadaan kanak-kanak sebenar adalah seorang budak berketurunan Cina bersama bapanya. Sedih..
iii. Turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester. Tapi Remy Ishak tak dapat turut serta untuk program ini.

Terasa insaf di hati ini kerana dapat dilahirkan sempurna dan memperolehi zuriat yang sihat. Tidak mahu sesekali memeberi label negatif kepada kanak-kanak yang nampak nakal, tidak duduk diam, tidak mendengar kata dan perlahan dalam pembelajaran. Kerana golongan ini tidak seperti kita, mereka mungkin mengidap autsime. Ya allah lindungi mereka.. Amin..
Tahniah kepada Kudsia & Co atas inisiatif beliau dan rakan-rakan.


