HENTIKAN JENAYAH SIBER TERHADAP WANITA

Facebook
Twitter
LinkedIn

unnamed

Assalamualaikum..

Alkisah hari ini patik nak berkempen HENTIKAN JENAYAH SIBER TERHADAP WANITA. Kenapa wanita? sebab wanita ni kaum yang lemah ke? Hmm.. taklah lemah, tapi ramai antara kita senang diperdaya dan termasuk dalam perangkap si penjenayah yang memang terror pasal kelemahan wanita.

Memang perlu diwar-warkan. Macam yang kita telah lihat, dunia telah beralih dari era industrialisasi ke era informasi yang kemudian melahirkan masyarakat informasi (chewahh ayat patik) Masyarakat ketika ini tidak kira yang muda atau yang tua telah memasuki era hujung jari di segala bidang termasuklah bidang teknologi komunikasi dan informasi. Sampaikan ibu patik umur 70 an pun pandai whassap.

Menakutkan mereka ni
Menakutkan mereka ni

Era globalisasi ini bukan hanya melanda di Malaysia tetapi di seluruh negara yang ada di muka bumi ini. Teknologi komunikasi dan informasi yang dicipta adalah untuk memudahkan seseorang mendapatkan dan memberikan maklumat serta bersosial. Tapi ada juga keburukan yang menyebabkan masyarakat lebih terdedah kepada gangguan siber tanpa mengetahui siapa pelakunya.

 

Itulah sebabnya semasa pelancaran Imaan Suci Wipes pada 19hb Julai, kami telah melancakan sekali kempen ini.  Selari dengan tagline jenama IMAAN iaitu Inspiring Beauty, alhamdulillah ianya telah mendapat sambutan yang baik.

Patik dengan poster kempen
Patik dengan poster kempen

 

Gangguan siber dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai Cyber Harassment. Intipan siber mempunyai banyak persamaan dengan gangguan siber. Cyber Harassment adalah salah satu jenayah siber yang memberikan kesan negatif kepada mangsa seperti kecemasan, tertekan atau psikologis bahaya dengan cara menghina mangsa, mengancam, dan mengugut.

Pelaku gangguan siber akan menyerang mangsa dengan menggunakan e-mail, Facebook, sms dan sebagainya tanpa diketahui identitinya. Adanya media sosial di kalangan remaja membuat mereka dapat berhubungan dengan teman-teman lamanya. Namun dengan munculnya media sosial membawa kesan negatif seperti buli.

Ladies, jom baca 5 Fakta penting ni..

 

5 FAKTA WANITA MUDAH JADI MANGSA JENAYAH CYBER (2)

Bagi mengurangkan risiko berhadapan dengan jenayah siber, patik sarankan kempen kesedaran perlu dilaksanakan bagi membuka mata pengguna siber ni, tidak kira wanita mahupun lelaki dan tidak kira daripada pelbagai peringkat umur untuk lebih berhati-hati memberi segala maklumat di alam siber. Ini kerana penjenayah tidak semestinya terdiri daripada kalangan yang tidak di kenali, namun terdapat beberapa kes di mana mangsa mengenali penjenayah tersebut dan tidak sengaja memberi maklumat peribadi dengan ‘rela hati’.

Sahabat patik sendiri pernah jadi mangsa penipuan RM10,000 oleh seorang Datuk yang dia kenali di laman FaceBook.  Kebetulah pada masa tu dia sangat perlukan wang untuk bisnes.  Penjenayah memang sangat pandai ambil kesempatan.

Angel membawa poster kempen..
Angel membawa poster kempen..

Jadi dengan adanya kempen ‘Stop Cyber Crime Against Women’ ini, patik harap lebih ramai pengguna siber di luar sana lebih peka dengan penggunaan laman-laman sosial dalam perkongsian data peribadi tidak kira kepada orang yang dikenali mahupun tidak dikenali. Maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank perlu dijaga rapi bagi mengelakkan segala permasalahan berlaku.

Selain itu, pengguna laman sosial juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih rakan yang berada di dalam akaun anda, dan seharusnya ‘tapis’ terlebih dahulu rakan-rakan yang mengikuti laman sosial anda. Ini kerana, sering kita dengar kes-kes yang berkaitan ‘super impose’ yang menggunakan wajah selfie kita dan di edit kepada tubuh badan lain dan menggunakan bahan tersebut untuk melakukan ugutan untuk mendapatkan wang atau lebih dari itu.

Tidak salah untuk mencari kenalan baru di alam siber, namun sikap berwaspada perlu dipratikkan dan kepercayaan tidak harus diberi 100% ketika melayari alam siber.

Jom ladies.. aturkan langkah langkah dengan bijak.. jangan jadi mangsa jenayah siber.

Jom share posting ni, agar ramai dapat manfaat, InsyaAllah..

 

Wawa Idris

Perunding Imej & Usahawan

More to explorer

JANGAN BERKIRA AMBIL ORANG GAJI

Saya seorang wanita yang bekerja menguruskan perniagaan sendiri, mempunyai seorang anak, itupun dah berumur belasan tahun yang duduk di asrama. Waktu kerja

PURDAH DAN HANTU KUM KUM

Pernah dengar cerita Hantu Kum Kum? Kalau dulu di era 80an wanita pakai purdah atau niqab dipanggil hantu kum kum. Pada era

2 thoughts on “HENTIKAN JENAYAH SIBER TERHADAP WANITA”

  1. Bagus perkongsian cik wawa…betul tuh jenayah siber dikalangan wanita semakin menjadi…itu sebab kita kena hati2 berkongsi gambar di media termasuk kata-kata kan…sebab zmn sekarang mudah betul jadi fitnah

    Reply

Leave a Comment

WOWA © 2021 All rights Reserved. Develop and Maintain by ALJ Global Sdn Bhd.

Sebarang pertanyaan boleh telefon/whatsapp kami
019 286 2828