Sekali lagi patik telah dijemput oleh The Face Shop Malaysia pada 20 Disember 2016, iaitu Majlis Penghargaan Media oleh The Face Shop. Patik dan JC iaitu model tampan serta pelakon yang pernah muncul dalam filem Ola Bola iaitu JC bertindak sebagai menjadi host untuk event tersebut .
Patik dan JC, sedondon dalam busana berwarna putih.
Pada hari event tersebut, terdapat banyak media popular yang telah dijemput antaranya Glam, Female, August Man, Cleo, Cosmopolitan, Malaysian Women’s Weekly, Sisters, Her World, Expatriate Lifestyle, Wanita, Marie Claire, Esquire dan banyak lagi.
Jadi host pun masih sempat layan tetamu.
Antara tetamu yang hadir
Patik turut berkongsi perjalanan patik selama 1 tahun menjadi business partner bersama The Face Shop. Memang banyak sangat kenangan dalam setahun ni, terutamanya kerjasama dalam melakukan bengkel/seminar kecantikan.
Busana bertema tahi cicak hehehe
Izinkan patik berphotoshot sebentar bersama JC
Patik ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak The Face Shop di atas jemputan ke majlis yang berprestij ini. Dan juga, terima kasih dalam perjalanan bersama sebagai business partner.
The Face Shop, enhance your natural beauty..






