TEGURAN UNTUK WANITA BADAN BERBAU

Facebook
Twitter
LinkedIn

Berat hati saya nak tegur wanita yang ada bau badan semalam.

Sepanjang 3 hari ini saya terlibat menemuduga calon peserta program Usahawan Kecantikan, saya bertemu dengan ramai wanita dari pelbagai latarbelakang.

Salah seorang peserta semalam adalah seorang wanita lingkungan awal 30an. Semasa dia dekat ke meja saya, saya dah mula terbau sesuatu yang kurang best.

Okay saya harus profesional dan teruskan sesi temuduga. Saya perhatikan dia memiliki personaliti yang baik, hanyalah isu bau badan yang perlu diperbaiki.

Saya rasa serba salah, dalam hati berkata-kata, perlukah saya beritahu. Dia boleh terima ke nanti? Takutlah pulak dia lari keluar histeria ?

Arghhh, saya keraskan hati. Akhirnya saya katakan pada dia yang dia seorang calon yang berpotensi, cuma dia harus bagi perhatian kepada bau badan.
Dia memandang saya dengan penuh perhatian dan mangangguk.

Rupanya dia dah cuba banyak jenama deodorant tetapi sering naik bisul di ketiak. Dia ada cuba guna limau dan sebagainya tapi bila berpeluh teruk, bau badan tetap ada.

Ahaa, kebetulan saya guna deodarant dari bahan natural , maka saya ceritakan dan dia dengar dengan penuh minat.
Kemudian sesi kami tamat di situ.

Selesai urusan, saya pun keluar dari bilik temuduga. Masa itulah saya dengar suara dari belakang.. “CIkgu cikgu !! Ini ke yang cikgu bagi tahu tadi?” Rupanya wanita tadi menunjukkan skrin di telefonnya. Lalu saya bantu.

Saya meninggalkan dewan dengan rasa puas. sekurang-kurangya saya dah bantu seorang selesaikan satu masaalah yang buat dia kurang yakin. Mungkin satu harapan baru.

Please ladies, jika ada sahabat kita yang ada masaalah yang mereka tak sedar, beritahu dengan cara baik , jangan takut dia kecil hati atau malu, tapi tindakan kita untuk selamatkan maruah dia jugak.

Anda setuju ke dengan cara saya ini? Nak la juga tahu ?

واوا
Wawa Idris
Perunding Imej

More to explorer

JANGAN BERKIRA AMBIL ORANG GAJI

Saya seorang wanita yang bekerja menguruskan perniagaan sendiri, mempunyai seorang anak, itupun dah berumur belasan tahun yang duduk di asrama. Waktu kerja

PURDAH DAN HANTU KUM KUM

Pernah dengar cerita Hantu Kum Kum? Kalau dulu di era 80an wanita pakai purdah atau niqab dipanggil hantu kum kum. Pada era

Leave a Comment

WOWA © 2021 All rights Reserved. Develop and Maintain by ALJ Global Sdn Bhd.

Sebarang pertanyaan boleh telefon/whatsapp kami
019 286 2828