Tips Elak Gangguan Siber

Facebook
Twitter
LinkedIn

Pernah tak follower blog patik ni jadi mangsa gangguan siber kan? Maksudnya dapat gangguan di whassap, FB, weechat dan sebagainya. Tidak kira perbuatan jenayah itu secara langsung atau tidak lansgung, jika ia mengundang rasa tidak selesa kepada diri kita, ia dikategorikan sebagai ancaman siber. Hari ini patik nak share beberapa tips cara bagaimana nak elakkan diri kita dari menjadi mangsa gangguan siber.

1. Elakkan untuk berkongsi segala maklumat peribadi di laman sosial

Jangan sesekali berkongsi alamat rumah, alamat pejabat, no.telefon atau sebagainya dalam profile kita tidak kira kepada kaum keluarga, rakan-rakan mahupun rakan online. Ini kerana kita tidak mengetahui sejauhmana data kita dijaga dan sekuat mana privacy yang diberi oleh laman sosial tersebut. Selain itu sentiasa berwaspada dan jangan percaya 100% terhadap apa yang di katakan melalui alam maya kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya di sebalik profile tersebut.

2. Jangan ‘approve’ rakan alam maya sesuka hati

Apabila kita menggunakan laman sosial, sudah semestinya ramai rakan-rakan baru yang mahu berkenalan kerana dengan cara ini segalanya menjadi lebih mudah. Terdapat banyak kes yang melibatkan wanita yang terlibat dalam aktiviti ‘love scam’ di mana mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memuaskan hati pasangan mereka itu. Jangan terkejut kalau patik katakan ramai mangsa terdiri daripada wanita-wanita yang bekerjaya.

Ini kerana penjenayah aktiviti ini hanya fokus kepada wanita yang mempunyai wang dan mudah untuk ditipu. Sebaiknya, selidik dulu latar belakang melalui maklumat yang dipaparkan di laman sosial mereka. Jika berasa was-was tidak perlu untuk menambah mereka sebagai rakan.  Patik ada ribuan waiting list lelaki yang nak jadi rakan di FB yang belum diluluskan sebab sedang proses screening disamping kuota rakan FB yang dah penuh 🙂

3

3. Kesedaran ketika menggunakan alam siber

Pengguna alam siber seharusnya mengetahui cara yang selamat untuk menggunakan sebarang laman yang disediakan. Sebagai contoh, laman sosial Facebook juga mempunyai hak untuk menyimpan segala maklumat peribadi anda jika anda bersetuju untuk berkongsi maklumat peribadi seperti alamat rumah dan nombor telefon di akaun peribadi anda. Ini membuatkan anda telah ‘exposed’ kepada dunia alam maya. Selain itu, kurangkan berkongsi gambar-gambar yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri contohnya gambar pejabat, rumah, kereta atau pun sebagainya kerana ia memudahkan penjenayah untuk mendapatkan maklumat tentang anda.

4. Jaga percakapan dan pergaulan di alam maya

Walaupun ada baiknya kita menggunakan alam maya untuk berkomunikasi, ia juga dapat memberi kesan buruk terhadap diri kerana komunikasi yang tidak dilakukan secara langsung dapat memberi tanggapan yang salah terhadap intonasi ataupun maksud message tersebut. Jadi lebih baik jika kita menjaga pertuturan dan ayat yang digunakan di dalam alam maya supaya ia tidak menjadi punca pergaduhan ataupun lebih teruk jika ia menjerumus kepada jenayah siber di mana anda boleh difitnah, diugut kerana segala komunikasi di alam maya boleh di simpan oleh orang ramai. Jadi, adalah lebih baik jika kita tahu batas dalam komunikasi di alam siber.

Cara patik, jika ada lelaki yang baru dikenali pm patik, maka patik akan lebih selesa membahasakan mereka encik dan tuan.  Elakkan nada yang terlalu mesra kerana ada segelintir kaum adam ini cepat perasan.  Elakkan nada gedik, stay professional ya.

Mesej Ancaman Siber ini dibawa oleh Imaan Suci Wipes (ISW) . Jom jadi wanita yang bijak dalam setiap langkah dan tindakan ya..

logo imaan

Wawa Idris

Trainer, Entrepreneur, ISW Founder

More to explorer

JANGAN BERKIRA AMBIL ORANG GAJI

Saya seorang wanita yang bekerja menguruskan perniagaan sendiri, mempunyai seorang anak, itupun dah berumur belasan tahun yang duduk di asrama. Waktu kerja

PURDAH DAN HANTU KUM KUM

Pernah dengar cerita Hantu Kum Kum? Kalau dulu di era 80an wanita pakai purdah atau niqab dipanggil hantu kum kum. Pada era

Leave a Comment

WOWA © 2021 All rights Reserved. Develop and Maintain by ALJ Global Sdn Bhd.

Sebarang pertanyaan boleh telefon/whatsapp kami
019 286 2828