Assalamualaikum semua.. Kali ini patik nak berkongsi formula mudah untuk mendapatkan imej ‘kelas A’ agar kita kelihatan lebih bergaya, yakin dan berkaliber. Terdapat empat elemen yang semunya bermula dengan huruf A.
1. Appropriate – Bersesuaian
Di mana sahaja kita berada, imej haruslah bersesuaian mengikut umur, kerjaya, persekitaran tempat, jenis majlis dan sebaginya. Contohnya jika ke pejabat, gayakan pakaian ke pejabat yang sopan dan kemas selari dengan etika pemakaian yang telah ditetapkan. Our professionalism must speaks louder than appearance. Begitu juga ketika menghadiri seminar di hujung minggu, janganlah terlalu santai. Apa kata beri sedikit suntikan gaya, mutu dan keunggulan melalui pemilihan jenis pakaian, warna dan stail.
Gunakan kaedah T.O.P yang telah dikongsikan pada artikel yang lepas untuk mendapat keberkesanan yang maksima. Rajinkan diri anda untuk mencari gaya atau fashion yang bersesuaian mengikut majlis. Jika majlis tersebut mempunyai tema, cuba sebaik mungkin untuk menepati tema tersebut supaya anda tidak kelihatan janggal seterusnya membuatkan diri anda berasa tidak selesa.

2. Authentic – Asli
Dalam penggayaan, adalah lebih bermakna jika anda menjadi diri sendiri. Tidak salah mempunyai idola sebagai inspirasi dalam berfesyen atau bergaya, namun elakkan untuk meniru dari hujung rambut hingga hujung kaki. Lahirkan identiti tersendiri agar nampak lebih unik. Ingat, setiap orang berbeza. Ini antara elemen penting dalam Personal Branding untuk tampil lebih stand out.
3. Attractive – Menarik
Imej harus ada daya penarik atau magnet yang bisa membuatkan orang lain terpanggil untuk mengenali anda. Tidak hanya bergantung kepada pemakaian malah kelakuan dan cara berkomunikasi antara faktor yang menyumbang. Ingat ya, image is not all about what you wear, image is A.B.C. iaitu Appearance, Behaviour and Communication (Rujuk artikel penuh di Instagram patik @wawaidris_imejpatik).
Maka jadilah individu yang sedap mata memandang serta disenangi. Semua orang harus MENARIK PELUANG. Peluang apa ya?.. Peluang berkawan dan melebarkan networking, peluang untuk didengari, peluang untuk disayangi, peluang untuk naik pangkat, peluang untuk berniaga dan sebagainya.
4. Affordable – Kemampuan
Ramai yang kata untuk menjadi orang yang segak bergaya ini, perlukan bajet yang tinggi atau mahal. Betul ke? Bagi patik, ikutlah kemampuan kita. Tidak perlu untuk berbelanja lebih untuk menarik perhatian orang. Ingat, ia bukan soal mahal atau murah, namun ia bergantung kepada cara pemakaian. Ada juga yang membeli pakaian yang berjenama tetapi nampak macam serba tak kena.
Jom lakukan aktiviti ‘wardrobe spring cleaning’ di hujung minggu. Banyak pakaian yang jarang dipakai dan cuba mix & match untuk gaya yang pelbagai.

Ada sahabat patik yang kumpul modal dengan menjual kembali pakaian secara on-line seperti di dalam aplikasi ‘Carousell’. Hasil daripada jualan boleh digunakan untuk mencari pakaian pakaian baru 🙂
Patik harap, perkongsian pada kali ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada pembaca. Kepada yang mahu belajar untuk bergaya, buat perubahan secara perlahan supaya anda berasa selesa dengan ‘diri baru’ anda. Selamat mencuba!
Wawa Idris merupakan jurulatih dan usahawan yang sering mendapat jemputan untuk berkongsi kepakaran beliau dalam membina Professional Branding . Beliau adalah Pengarah Urusan kepada Syarikat Wow Virtue Training & Consultancy Sdn Bhd. Kepakaran beliau adalah membantu syarikat korporat serta usahawan dalam Personal Branding, teknik berpenampilan, etika professional, komunikasi serta khidmat pelanggan. Berminat untuk berkolaborasi, sila hubungi 019 3830717.
