Pada 16hb Januari, Sabtu lepas patik mendapat jemputan untuk membuat perkongsian bersama para usahawan anjuran MARA di Hotel Sani, KL yang dihadiri hampir 200 orang yang majoriti adalah bangsa ku; Melayu.

Memandangkan kebanyakannya adalah usahawan, maka patik memilih tajuk Brand You. Seperti yang patik katakan, ramai trainer mengajar bagaimana nak menjual produk, tetapi kepakaran patik adalah ‘menjual orang’. Riuh dewan apabila patik berkata begitu.
Ideanya, patik sangat menggalakkan agar usahawan mengambial inisitaif personal branding. Apabila patik tanyakan kepada mereka, mengapa ramai usahawan tidak mahu ketengahkan diri mereka? Mengapa ramai mahu menyorok?
Maka antara jawapan yang patik dapat adalah; tidak yakin, malu dengan penampilan diri dan tidak tahu bagaimana mahu menjenamakan diri. Maka patik simpulkan, faktor utama orang kita adalah PERSONALITI.

Maka patik kongsikankan langkah awal untuk mencipta jenama sendiri
Pertama: Gali nilai anda (Discover your values)
Proses menentukan nilai diri ini memerlukan kita termenung jauh tentang apakah adjektif atau kata sifat yang menceritakan tentang diri kita. Ianya adalah faktor utama yang menentukan kebanyakan keputusan dalam kehidupan peribadi mahupun kerjaya. Sebagai contoh, sahabat patik menyatakan ‘anak’ merupakan faktor utama. Ada yang menyatakan kejujuran, kewangan, agama dan sebagainya.
Beberapa tahun dahulu Patik sendiri menggali nilai diri patik, dan itulah langkah permulaan patik dalam memilih kerjaya sebagai trainer dan konsultan dalam pembangunan imej. Antara nilai dlam diri patik adalah Achievement (Pencapaian), Imej & Kecantikan dan Kewangan
Kepada mereka yang terkial-kial mahu tentukan nilai diri mereka (seperti patik dahulu) mungkin website (sila klik) ini boleh membantu.
Kedua: Reinvent Yourself ( Bina Semula Diri Anda)

Ini adalah perkara paling berat untuk kita lakukan iaitu melangkah keluar dari zon selesa. Agak-agak boleh atau tidak kita menggunakan formular 60:40 ini di mana segala tindakan / keputusan dalam kehidupan seharian, haruslah berdasarkan 60 peratus di Zon Selesa (Comfort Zone) dan 40 peratus di Zon Berani (Courage Zone). Mengikut kajian, kurang dari 10 peratus manusia yang berani untuk berada di Courage Zone. Mereka ini sanggup :-
i. Berani melakukan perkara yang tidak pernah di cuba sebelum ini.
ii. Berani mengambil risiko
iii. Berani menghadapi kesukaran
iv. Berani merasai ketakutan
Namun zon inilah yang membuka banyak pintu peluang. Sebagai contoh, seorang pelajar saya yang pendiam telah memberanikan diri untuk menegur orang yang tidak dikenalinya. Patik tunjukkan cara untuk membina rapport / hubungan dengan cara yang mudah dan pantas. Hanya bermodalkan air liur, beliau telah dapat peluang yang tidak disangka.

BINA PERSONALITI
Selain itu jangan kedekut untuk melabur ke atas diri sendiri. Bina personaliti dan identiti melalui signature style yang tersendiri. Ianya boleh digali dengan melakukan beberapa eksperimen gaya sehinggalah anda mendapat stail yang terbaik buat diri anda. Untuk memudahkan kerja, apa kata memasuki kelas bimbingan imej yang mengajar anda:-
i. Menggali nilai unik diri anda atau Mat Salleh kata; USP- Unique Selling Proposition
ii. Membina keyakinan diri dan tingkatkan kredibiliti.
iii. Tingkatkan karisma dengan kuasai bahasa badan (body language), etika pergaulan dan etika berniaga.
iv. Kuasai teknik networking yang membina networthing. Ingat, rangkaian kenalan yang berkualiti mempengaruhi kejayaan perniagaan kita.
v. Kuasai teknik suai padan gaya. Untuk wanita pula harus tahu cara solekan untu penampilan lebih segar dan meyakinkan.
vi. Ketahui aura warna anda, maka tidak terkial-kial dan serabut dengan padanan warna yang tidak kena.
Atas kesedaran patik untuk bantu mereka di luar sana membina personaliti, insyaAllah patik adakan mengadakan bengkel intensif selama 3 hari 1 malam beserta dengan fine dining (makan malam – pembelajaran etika makan).

Setakat ini perkongsian patik.
Wawa Idris; Si Perunding Imej
Wow Attitude Wow Attire
p/s Coretan patik ini adalah curahan idea di waktu subuh. Thank You Allah ..


9 thoughts on “Usahawan Melayu- Brand You”
Terima kasih sungguh terinspirasi dengan artikel ini…
Wow!!! You are awesome! Good Job
Maleehah sangat setuju.??
Thank you ??
#macraftboutique
#muslimahcantikbergaya
Tnx Emin. Tahniah anda telah memulakan langkah jual diri
Wow…saya suka artikel ni…banyak memberi manfaat pada semua…tips2 yg diberikan selalu memberikan impak positif pada diri saya…thanks dear terasa nak join class 3hari 1mlm tu…???apapun anda selalu menjadi inspirasi pada semua….?
Keep it up a good work…
Can’t wait for ur next posting…..
Wow!!! You are awesome! Good Job
Maleehah sangat setuju.??
Thank you ??
#macraftboutique
#muslimahcantikbergaya
Keep up a good works! Keep d0ing n moving forwards….
Your inspiration makes people feel WOW!
U r awesome!
Thanks for sharing . ☺
betul….sebaiknya jual diri dulu sebelum nak jual apa2 produk ….lantik diri sendiri menjadi duta kepada produk yang hendak dijual….
Thanx Cik saidila. saya sukakita menjadi duta kepada produk sendiri
kena beranikan diri untuk berjaya