VIDEO S.E.X : TEKNIK BINA NETWORKING DALAM MASA 30 SAAT

Facebook
Twitter
LinkedIn

Siap juga entry patik kali ini berkenaan teknik berkomuniksi.  Saksikan video S.E.X  ini yang mana patik kongsikan teknik bina networking dalam masa 30 saat.

Jom saksikan..

Untuk keterangan lanjut, patik certikan lagi di sini…

1.Smile: Senyum

Mulakan dengan senyuman. Ini adalah perkara pertama dan isyarat tubuh yang paling berkesan jika hendak dibandingkan dengan yang lain. Ia serta merta membuatkan anda 50 kali lebih senang didekati berbanding dengan memek muka yang berkerut dan bermuka masam. Pastikan ia adalah senyuman yang ikhlas dan tidak dibuat buat seperti senyuman yang ada ukirkan semasa anda bersama dengan orang tersayang dan juga ketika anda terbayang tentang memori memori indah. Selain daripada itu, dengan senyuman anda secara tidak langsung memancarkan aura positif dan senyuman juga mengurangkan rasa gementar dan tekanan darah gemuruh anda juga akan turun serta merta. Ini akan membuatkan anda lebih senang bergaul dan berkomunikasi dengan lebih yakin.


2. Eye Contact: Pandangan mata   

Ramai diluar sana sebolehnya mengelakkan untuk bertentangan mata dengan individu individu lain. Namun harus diingati, pandangan mata adalah salah satu aspek penting dalam kita membina rangkaian dan juga penting dalam berkomunikasi. Ketika berkomunikasi, elakkan memandang tepat kepada mata individu tersebut untuk mengelakkan mereka berasa tidak selesa namun cuba untuk menggunakan isyarat mata anda untuk menunjukkan minat anda kepada apa yang sedang disampaikan oleh individu tersebut. Elakkan untuk berfikir hal hal lain seperti melihat telefon bimbit atau melihat waktu seolah olah anda tidak berminat dengan apa yang sedang dibincangkan dan ini juga boleh menunjukkan bahawa anda seorang yang terburu-buru.

3​ . ​eXcitement – Keterujaan

 
Ketika anda menghadiri sesuatu program, berikan 50% energy anda supaya anda nampak lebih berkeyakinan dan aura positif anda akan sampai kepada  individu lain. Semestinya anda akan berasa janggal dengan keadaan ini kerana anda tidak biasa melakukannya di tempat awam yang lain namun ini akan memberi tanggapan pada individu lain bahawa anda seorang yang boleh dipercayaai dan seorang yang berkeyakinan tinggi. Individu yang berkeyakinan tinggi semestinya individu yang mendapat tumpuan.

Bayangkan keseronokan dan semangat anda ketika anda bercerita tentang sesebuah topik yang anda gemari. Bawakan semangat itu bersama anda semasa anda berjumpa dengan kenalan baru dan lihat perubahan rangkaian kenalan anda.

 

Selamat mencuba ya!!

 

More to explorer

JANGAN BERKIRA AMBIL ORANG GAJI

Saya seorang wanita yang bekerja menguruskan perniagaan sendiri, mempunyai seorang anak, itupun dah berumur belasan tahun yang duduk di asrama. Waktu kerja

PURDAH DAN HANTU KUM KUM

Pernah dengar cerita Hantu Kum Kum? Kalau dulu di era 80an wanita pakai purdah atau niqab dipanggil hantu kum kum. Pada era

2 thoughts on “VIDEO S.E.X : TEKNIK BINA NETWORKING DALAM MASA 30 SAAT”

  1. Wow…thanks dear…nak try teknik ni…tp nak belatih tenung mata u lama2 boleh x puan wawa idris???

    Reply

Leave a Comment

WOWA © 2021 All rights Reserved. Develop and Maintain by ALJ Global Sdn Bhd.

Sebarang pertanyaan boleh telefon/whatsapp kami
019 286 2828