Salam imejpatik..
Alhamdulillah video warna kali ini telah pun sedia untuk di tonton. Pada hemat patik, video kali ini nampak lebih okay berbanding video pertama.
Perkongsian kali ini, patik ceritakan dua kategori warna iaitu warna panas dan sejuk serta bagaimana cara untuk menentukan kategori warna yang sesuai untuk individu?

Terdapat beberapa cara mudah antaranya :
Cara pertama :- Memeriksa warna urat di pergelangan tangan (nadi). Sekiaranya warna urat anda adalah kebiruan maka tona kulit ada adalah dalam kategori warna sejuk (cool colour). Manakala sekiranya warna urat tersebut adalah kehijauan maka anda adalah dalam kategori warna panas (warm colour)
Cara kedua :- Warna aksesori barang kemas. Sekiranya kulit anda lebih berseri dengan memakai rantai / gelang emas, maka itu petanda anda adalah dari kumpulan warna panas iaitu kesesuaian kepada koleksi warna merah, kuning, oren.
Manakala jika anda tampak lebih berseri dengan warna silver/emas putih/platinum maka anda adalah warna sejuk (cool Colour). Maka anda lebih sesuai mengenakan warna-warna seperti biru, pink, purple.
Lihatlah video yang dihasilkan oleh Redhu Malek ; videographer yang sangat komited ini:-
Bonus, patik kongsikan serba sedikit cara penggunaan warna dalam penampilan:-
i.Cuba untuk memakai tidak lebih dari tiga warna dalam setiap penampilan. Tetapi patik lebih suka kepada 2 warna sahaja. Lebih anggun dan mata orang yang memnadang pun tidak confuse.
ii.Disebabkan hitam dan putih lebih kepada bayang (shades) anda boleh lebih flexible. Contoh memakai 4 warna sekiranya terdapat warna putih dalam pakaian.
iii.Sekiranya terdapat corak, boleh suai padan warna yang terdapat dalam corak untuk nampak lebih harmoni.
iv.Sekiranya memakai baju bercorak (busy prints) padankan dengan skirt/seluar polos/tudung.
v.Warna aksesori seperti tas tangan, rantai dan sebagainya boleh dijadikan panduan untuk menghadkan warna agar tidak keterlaluan.
vi.Ingat, red lips count!!
Till next posting.
