BOLEH KURUS DENGAN WARNA?

  RAMAI WANITA HENDAKKAN TUBUH BADAN YANG IDEAL. Nak badan kurus tapi selera makan bertambah-tambah? Hari ini patik kongsikan tips kurus hanya dengan warna.  Bunyinya memang kurang logic, tetapi ianya boleh juga diamalkan dan diambil sebagai ilmu pengetahuan. Semoga tiada yang berkecil hati dengan perkongsian patik ini ya..    

Panas atau sejuk kah warna daku?

Salam imejpatik..

Alhamdulillah video warna kali ini telah pun sedia untuk di tonton.  Pada hemat patik, video kali ini nampak lebih okay berbanding video pertama.

Perkongsian kali ini, patik ceritakan dua kategori warna iaitu warna panas dan sejuk serta bagaimana cara untuk menentukan kategori warna yang sesuai untuk individu?

Roda Warna
Roda Warna

Terdapat beberapa cara mudah antaranya :

Cara pertama :- Memeriksa warna urat di pergelangan tangan (nadi). Sekiaranya warna urat anda adalah kebiruan maka tona kulit ada adalah dalam kategori warna sejuk (cool colour). Manakala sekiranya warna urat tersebut adalah kehijauan maka anda adalah dalam kategori warna panas (warm colour)

Cara kedua :- Warna aksesori barang kemas. Sekiranya kulit anda lebih berseri dengan memakai rantai / gelang emas, maka itu petanda anda adalah dari kumpulan warna panas iaitu kesesuaian kepada koleksi warna merah, kuning, oren.

Manakala jika anda tampak lebih berseri dengan warna silver/emas putih/platinum maka anda adalah warna sejuk (cool Colour). Maka anda lebih sesuai mengenakan warna-warna seperti biru, pink, purple.

Lihatlah video yang dihasilkan oleh  Redhu Malek ; videographer yang sangat komited ini:-

 

 

Bonus, patik kongsikan serba sedikit cara penggunaan warna dalam penampilan:-

i.Cuba untuk memakai tidak lebih dari tiga warna dalam setiap penampilan.  Tetapi patik lebih suka kepada 2 warna sahaja. Lebih anggun dan mata orang yang memnadang pun tidak confuse.

ii.Disebabkan hitam dan putih lebih kepada bayang (shades) anda boleh lebih flexible. Contoh memakai 4 warna sekiranya terdapat warna putih dalam pakaian.

iii.Sekiranya terdapat corak, boleh suai padan warna yang terdapat dalam corak untuk nampak lebih harmoni.

iv.Sekiranya memakai baju bercorak (busy prints) padankan dengan skirt/seluar polos/tudung.

v.Warna aksesori seperti tas tangan, rantai dan sebagainya boleh dijadikan panduan untuk menghadkan warna agar tidak keterlaluan.

vi.Ingat, red lips count!!

WawaProfile6

Till next posting.

Jelita dan Selamba diusia 40-an

Semenjak dua menjak ini patik amat gemar memikirkan tentang nombor.  Nombor 4 ialah nombor kegemaran patik kerana patik lahir pada 4 haribulan. Nombor 7 pula ialah nombor kegemaran seorang sahabat baik patik. Beliau ini mempunyai 4 orang anak dan kesemua anak- anak beliau secara kebetulan pula dilahirkan pada 7 haribulan tetapi pada bulan-bulan dan tahun-tahun yang … Read more