Apakah Koleksi Lipstic Pucat Tapi Lawa- Pilihan Wawa

Assalamualaikum semua.. Soalan favourite daripada peserta seminar dan rakan-rakan.  “Wawa pakai lipstic brand apa ye?”  Rata-rata gemarkan solekan patik yang simple & natural tetapi berseri. (perasan kejap).. Okaylah, enrty kali ini patik kongsikan 4 koleksi warna lipstick yang sering patik pakai. Patik sukakan solekan yang natural lebih-lebih di bahagian bibir.  Antara jenama kegemaran patik adalah MAC yang boleh … Read more

Nora Danish Kata Dia Jendul, Tak Sesuai Turban?

Assalammualaikum. Baru-baru ni Nora Danish upload gambar di instagram ala-ala Bohemian look memakai turban. Puluhan ribu yang like dan komen, nampak cool & stylo . Patik nak berkongsi cerita sedikit, patik  ingat lagi beberapa bulan lalu semasa patik lepak di café Nora di Bangsar, sambil kami berbual,  patik bertanyakan “Nora tak nak cuba pakai turban ke?..” lalu si comel … Read more

Make-up artist RTM tak Diva ?

Assalamualaikum .. Pada hari sabtu yang lepas, patik bangun seawal 5 pagi.  Diwaktu ramai yang menyambung tidur selepas solat subuh, patik memandu ke RTM Angkasapuri bagi sesi temubual di program Selamat Pagi Malaysia dengan topik Stail Penentu Imej. Patik tiba di RTM sekitar pukul 7 pagi dan terus sahajalah menuju ke bilik solekan.  Patik dah make-up pun … Read more

Wawa Idris Membentuk Imej Kelab Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum dunia.. Pada 5hb September yang lalu telah berlangsung Style Worskshop bersama Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di Hotel De Palma, Ampang.  Seramai 30 orang bloggers yang hyper active telah bersama-sama dengan patik.   5 PERKARA YAG MENARIK PADA HARI KEJADIAN- 1. Kumpulan bloggers ini sangat tekun di dalam kelas, semuanya mengambil nota dan banyak soalan yang dilontarkan.  … Read more

Dilema wanita tong drum, suami suruh seksi..

Assalam dari patik.. Haaa, menarik topik patik kali ini kan. Baru-baru ini patik mendapat undangan oleh satu majalah di bawah Kumpulan Media Karangkraft iaitu Majalah Rapi ke satu program bersama para guru di Bandar diRaja, Klang Selangor. Terima kasih kepada Editor nya yang sentiasa comel Cik Puan Zuraita Mohd Anua yang sudi menjemput patik berkolaborasi. Pada hari … Read more

Bila anak cuti jerebu..

As Salaam dari Patik, Seawal pukul 5 pagi patik diberitakan sekolah di negeri Selangor, WP, Negeri Sembilan dan Melaka diarahkan tutup.  Wah, seronok la puteri patik IHM, tak payah bangun pagi.  Relax la sedikit patik pagi ni tak payah nak kejutkan IHM, sebab selalunya patik la yang kena dukung IHM ke bilik air, mandikan, pakaikan IHM baju, kadang-kadang dukung bawak ke … Read more

BERSIH – Apabila sikecil bertanya kenapa ramai pakai kuning?

Salaam semua dari patik, Beberapa hari ini kita sibuk melihat kempen KeBERSIHan yang dilakukan dibeberapa buah bandar besar termasuk Kuala Lumpur. Patik tidaklah mengambil bahagian tapi patik dengar ramai yang hadir. Bagi patik, patik lebih suka menghabiskan masa patik yang berharga ini dengan memulakan kempen keBERSIHan di teratak patik sendiri. Habis patik spring-cleankan. Puas hati … Read more

Panas atau sejuk kah warna daku?

Salam imejpatik..

Alhamdulillah video warna kali ini telah pun sedia untuk di tonton.  Pada hemat patik, video kali ini nampak lebih okay berbanding video pertama.

Perkongsian kali ini, patik ceritakan dua kategori warna iaitu warna panas dan sejuk serta bagaimana cara untuk menentukan kategori warna yang sesuai untuk individu?

Roda Warna
Roda Warna

Terdapat beberapa cara mudah antaranya :

Cara pertama :- Memeriksa warna urat di pergelangan tangan (nadi). Sekiaranya warna urat anda adalah kebiruan maka tona kulit ada adalah dalam kategori warna sejuk (cool colour). Manakala sekiranya warna urat tersebut adalah kehijauan maka anda adalah dalam kategori warna panas (warm colour)

Cara kedua :- Warna aksesori barang kemas. Sekiranya kulit anda lebih berseri dengan memakai rantai / gelang emas, maka itu petanda anda adalah dari kumpulan warna panas iaitu kesesuaian kepada koleksi warna merah, kuning, oren.

Manakala jika anda tampak lebih berseri dengan warna silver/emas putih/platinum maka anda adalah warna sejuk (cool Colour). Maka anda lebih sesuai mengenakan warna-warna seperti biru, pink, purple.

Lihatlah video yang dihasilkan oleh  Redhu Malek ; videographer yang sangat komited ini:-

 

 

Bonus, patik kongsikan serba sedikit cara penggunaan warna dalam penampilan:-

i.Cuba untuk memakai tidak lebih dari tiga warna dalam setiap penampilan.  Tetapi patik lebih suka kepada 2 warna sahaja. Lebih anggun dan mata orang yang memnadang pun tidak confuse.

ii.Disebabkan hitam dan putih lebih kepada bayang (shades) anda boleh lebih flexible. Contoh memakai 4 warna sekiranya terdapat warna putih dalam pakaian.

iii.Sekiranya terdapat corak, boleh suai padan warna yang terdapat dalam corak untuk nampak lebih harmoni.

iv.Sekiranya memakai baju bercorak (busy prints) padankan dengan skirt/seluar polos/tudung.

v.Warna aksesori seperti tas tangan, rantai dan sebagainya boleh dijadikan panduan untuk menghadkan warna agar tidak keterlaluan.

vi.Ingat, red lips count!!

WawaProfile6

Till next posting.

Jelita dan Selamba diusia 40-an

Semenjak dua menjak ini patik amat gemar memikirkan tentang nombor.  Nombor 4 ialah nombor kegemaran patik kerana patik lahir pada 4 haribulan. Nombor 7 pula ialah nombor kegemaran seorang sahabat baik patik. Beliau ini mempunyai 4 orang anak dan kesemua anak- anak beliau secara kebetulan pula dilahirkan pada 7 haribulan tetapi pada bulan-bulan dan tahun-tahun yang … Read more

Pakai towel pun menarik..

As salaam dari patik, Minggu lepas merupakan minggu yang amat sibuk buat patik, maklumlah minggu terakhir Syawal. Maka banyaklah last minute open house yang perlu dihadiri. Nampaknya kesibukan patik akan berterusan minggu ini dan minggu akan datang. Maklumlah, selepas sebulan berpuasa, sebulan juga berhari raya, masa dah tiba untuk patik bekerja dan mencari seberapa banyak … Read more