Panas atau sejuk kah warna daku?

Salam imejpatik..

Alhamdulillah video warna kali ini telah pun sedia untuk di tonton.  Pada hemat patik, video kali ini nampak lebih okay berbanding video pertama.

Perkongsian kali ini, patik ceritakan dua kategori warna iaitu warna panas dan sejuk serta bagaimana cara untuk menentukan kategori warna yang sesuai untuk individu?

Roda Warna
Roda Warna

Terdapat beberapa cara mudah antaranya :

Cara pertama :- Memeriksa warna urat di pergelangan tangan (nadi). Sekiaranya warna urat anda adalah kebiruan maka tona kulit ada adalah dalam kategori warna sejuk (cool colour). Manakala sekiranya warna urat tersebut adalah kehijauan maka anda adalah dalam kategori warna panas (warm colour)

Cara kedua :- Warna aksesori barang kemas. Sekiranya kulit anda lebih berseri dengan memakai rantai / gelang emas, maka itu petanda anda adalah dari kumpulan warna panas iaitu kesesuaian kepada koleksi warna merah, kuning, oren.

Manakala jika anda tampak lebih berseri dengan warna silver/emas putih/platinum maka anda adalah warna sejuk (cool Colour). Maka anda lebih sesuai mengenakan warna-warna seperti biru, pink, purple.

Lihatlah video yang dihasilkan oleh  Redhu Malek ; videographer yang sangat komited ini:-

 

 

Bonus, patik kongsikan serba sedikit cara penggunaan warna dalam penampilan:-

i.Cuba untuk memakai tidak lebih dari tiga warna dalam setiap penampilan.  Tetapi patik lebih suka kepada 2 warna sahaja. Lebih anggun dan mata orang yang memnadang pun tidak confuse.

ii.Disebabkan hitam dan putih lebih kepada bayang (shades) anda boleh lebih flexible. Contoh memakai 4 warna sekiranya terdapat warna putih dalam pakaian.

iii.Sekiranya terdapat corak, boleh suai padan warna yang terdapat dalam corak untuk nampak lebih harmoni.

iv.Sekiranya memakai baju bercorak (busy prints) padankan dengan skirt/seluar polos/tudung.

v.Warna aksesori seperti tas tangan, rantai dan sebagainya boleh dijadikan panduan untuk menghadkan warna agar tidak keterlaluan.

vi.Ingat, red lips count!!

WawaProfile6

Till next posting.

Jelita dan Selamba diusia 40-an

Semenjak dua menjak ini patik amat gemar memikirkan tentang nombor.  Nombor 4 ialah nombor kegemaran patik kerana patik lahir pada 4 haribulan. Nombor 7 pula ialah nombor kegemaran seorang sahabat baik patik. Beliau ini mempunyai 4 orang anak dan kesemua anak- anak beliau secara kebetulan pula dilahirkan pada 7 haribulan tetapi pada bulan-bulan dan tahun-tahun yang … Read more

Pakai towel pun menarik..

As salaam dari patik, Minggu lepas merupakan minggu yang amat sibuk buat patik, maklumlah minggu terakhir Syawal. Maka banyaklah last minute open house yang perlu dihadiri. Nampaknya kesibukan patik akan berterusan minggu ini dan minggu akan datang. Maklumlah, selepas sebulan berpuasa, sebulan juga berhari raya, masa dah tiba untuk patik bekerja dan mencari seberapa banyak … Read more

Gempak Raya Jakel 2015

Assalamualaikum dan salam WOW dari patik. Selepas waktu pejabat patik sempat singgah ke Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Jakel di Wisma Jakel, Kuala Lumpur.  Patik tiba sekitar pukul 6 petang, Walaupun crowd agak kurang pada waktu tersebut,  namun masih terdapat beberapa orang rakan selebriti dan VIPs. Jamuan Raya kali ini bertema Gempak Raya Jakel menyasarkan kehadiran seramai 15,000 orang.  Wow memang … Read more

Blouse lama trending semula

Beberapa hari yang Lepas patik ada membuat posting berkenaan Kabinet Baru. Di dalamnya patik ada mengatakan “patik juga nampak yang beliau ada memasukkan kembali sehelai blouse lama yang telah dikeluarkan dulu…..manalah tahu fesyen lama itu akan kembali trending”. Yes! ramalan patik benar belaka. Blouse lama telah trending semula. Tak faham ye? Sila baca Kabinet Baru. … Read more

Kabinet baru

Bismillahirrahmannirrahim… Alhamdulillah, sampai kita ke pertengahan bulan Shawal. Hari baik bulan baik. Sebelum terlambat, patik mohon maaf zahir dan batin dari semua. Baru-baru ini, sewaktu patik sedang menyampaikan latihan Empowerment of Corporate Grooming kepada pegawai-pegawai dari sebuah bank di ibukota, patik dikejutkan oleh satu berita berkenaan seseorang yang telah menukar Kabinet pakaian lama beliau dengan Kabinet yang … Read more